Iskandar Malaysia dijangka ada taman tema ke-3




08/01/2013 4:50pm

JOHOR BAHRU — Selepas pembukaan Taman Tema Keluarga Puteri Harbour dan Legoland Malaysia tahun lepas, wilayah pembangunan Iskandar Malaysia bakal menerima taman temanya yang ketiga, demikian menurut Iskandar Investment Berhad (IIB).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata, pelabur yang akan membangunkan taman tema ketiga di Iskandar Malaysia itu akan membuat pengumuman di dalam tempoh tiga hingga enam bulan ini.

"Taman tema ketiga ini lebih menjurus kepada dewasa muda dan kanak-kanak," katanya kepada pemberita pada majlis pecah tanah Raffles American School (RAS) di Educity, Nusajaya hari ini.

Beliau tidak mendedahkan lokasi taman tema ketiga itu akan ditempatkan di Iskandar Malaysia serta kos pembinaannya atau nama pelabur berkenaan.— BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers