Krisis air di Lembah Klang mungkin berpanjangan




08/01/2013 2:08pm

KUALA LUMPUR — Krisis air di Lembah Klang terutamanya di Ampang dan Cheras dijangka berterusan sehingga sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

Situasi air di kedua-dua kawasan itu akan dipantau rapi dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) akan memaklumkan kepada penduduk mengenai kedudukan terkini setiap hari.

Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail berkata, berikutan itu Syabas menempatkan petugas teknikal dan bukan teknikal dari pelbagai jabatan untuk membantu penduduk yang terjejas semasa berlakunya krisis ini.

"Menjadi tanggungjawab kita untuk membekalkan air bersih kepada penduduk, dan memandangkan kita tidak boleh berbuat demikian melalui saluran paip, kita akan mengagihkan air menggunakan lori dan tangki. Kita akan membantu membawa air ke kediaman mereka,” katanya.

Rozali bercakap kepada kira-kira 200 petugas Syabas dalam majlis taklimat sebelum mereka dihantar bertugas ke kawasan yang telahpun ditetapkan, di ibu pejabat Syabas di sini hari ini.

Rozali turut membayangkan krisis itu akan berpanjangan memandangkan terdapat kekurangan air yang dirawat, peningkatan permintaan dari semasa ke semasa dan penangguhan program CAPEX yang turut merangkumi kerja pembaikan, menaik taraf, atau pertukaran aset dan sistem pengagihan air semasa oleh kerajaan negeri.— BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers