Pekerja kebun sayur yang hilang ditemui mati




08/01/2013 4:35pm

MELAKA — Seorang pekerja kebun sayur yang dilapor hilang Jumaat lepas ditemui mati di sungai Simpang Gading, Durian Tunggal, Alor Gajah semalam.

Mayat M. Karnaheren, 35, ditemui terapung dan tersangkut pada sampah-sarap oleh seorang pekerja ladang berhampiran kira-kira 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt. Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, mangsa dilapor hilang setelah keluar bekerja di ladang sayur yang terletak berhampiran sungai tersebut kira-kira 6.30 petang pada hari kejadian.

Mangsa dilapor tidak pulang ke rumah sejak itu, lalu adik ipar mangsa membuat laporan di Balai Polis Durian Tunggal pada keesokan harinya.

"Mangsa yang menunggang motosikal dipercayai terbabas ketika melalui jalan berbukit dan tidak rata berhampiran sungai tersebut, sebelum dia dipercayai terjatuh ke dalam sungai bersama motosikalnya,” kata Umar Ali Saifuffin ketika dihubungi.

Kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut.— BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers