Maut hantar berkhatan

DUNGUN: Hasrat seorang wanita membawa anak saudaranya berkhatan tidak kesampaian apabila dia maut selepas Proton Wira dipandu suaminya bertembung kereta Honda Civic di Kilometer 12.5, Jalan Dungun-Bukit Besi, depan Loji Air Petronas Kampung Serdang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, Zainun Awang, 50, dari Kampung Jerangau Sungai, di sini, terbunuh akibat cedera parah di kepala.

Turut maut, penumpang Honda Civic berkenaan, Suzlina Ahmad, 40, dari Kampung Balai Besar, di sini.

REMUK TERUK...keadaan kereta yang terbabit nahas, semalam


Kemalangan dipercayai berlaku apabila Honda Civic dipandu anak Suzlina, Mohd Ridwan Badiozaman, 21, hilang kawalan sebelum berpusing dan memasuki laluan bertentangan dan bertembung Proton Wira berkenaan.

PILU...Nuraima Zulkifli, 26, ditenangkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang menangis di sisi jenazah ibunya, Zainun.


Anak Zainun, Nuraiman Zulkifli, 26, berkata, ketika kejadian ibunya bersama bapa, Zulkifli Mamat, 53, serta ibu saudara, Gayah Awang, 45, dalam perjalanan menghantar sepupunya, Tarmizi Ismail, 11, untuk berkhatan di Kuala Dungun, di sini.

Sesungguhnya bukan kehendak kita orang yang kita sayangi itu pergi dahulu sebelum kita, akan tetapi sayangnya kita terhadap sesama makhluk tidak akan dapat menandingi kasih dan sayang Allah Taala itu sendiri.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers