LONDON: Andy Murray mara ke pusingan keempat dengan kemenangan 7-5, 3-6, 7-5, 6-1 selepas menewaskan Marcos Baghdatis di gelanggang tengah All England Club, kelmarin.
Pemain pilihan keempat itu bakal bertemu Marin Cilic dari Croatia, yang mengatasi Sam Querrey pada pertembungan kedua terpanjang dalam sejarah kejohanan untuk mara ke suku akhir. Murray yang layak ke separuh akhir tiga tahun berturut-turut, menang selepas dua minit masa penamat ditetapkan atas sebab keselamatan dan kesihatan.
“Selepas saya bangkit dengan 4-1, saya cuba untuk tidak berehat. Saya tidak tahu apakah peraturannya, mungkin yang pertama kali berlaku di sini.
“Sangat sengit. Saya memang bergelut.” Murray memenangi set pertama dengan 7-5 sebelum Baghdatis mengikat kedudukan dengan 6-3.
Pada perlawanan lain yang penuh drama di All England Club itu menyaksikan finalis tiga kali, Andy Roddick tersingkir - sekali gus menimbulkan persoalan mengenai masa depannya dalam tenis.
David Ferrer kembali daripada tewas satu set dengan memenangi perlawanan 2-6, 7-6 (10/8), 6-4, 6-3 ke atas Roddick untuk bertemu juara Terbuka Amerika Syarikat 2009, Juan Martin del Potro.
“Saya tidak mempunyai jawapan khusus untuk itu,” kata juara Terbuka Amerika Syarikat itu ketika ditanya sama ada kelmarin menjadi penampilan terakhirnya kepada Wimbledon. - AFP
Bertembung main tenis tak palah, jangan bertembung terus gaduh pulak, aku penah tengok video tenis yang pemain dia kalah terus serang pemain lawan dengan racket tenis dia.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.