300 penumpang LTAPP terkandas akibat gangguan bekalan elektrik



GEORGETOWN: Lebih 300 penumpang membabitkan empat penerbangan antarabangsa termasuk satu yang baru tiba, terkandas apabila kaunter pemeriksaan pasport imigresen terputus bekalan hampir dua jam di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, hari ini. 






Bekalan elektrik yang terputus bermula jam 6 pagi itu, menyaksikan tiga penerbangan antarabangsa iaitu China, Hong Kong dan Thailand dan ketibaan dari Jakarta, Indonesia menyebabkan proses dokumentasi imigresen terganggu. Pengurus Besar Malaysia Airlines Berhad (MAB) LTAPP, Mohd Arif Jaafar, berkata pihaknya percaya kejadian itu berpunca daripada kerja menaiktaraf yang giat dilakukan sekarang. 
"Kami mengambil langkah segera dengan membuka satu kaunter imigresen khas di Balai Ketibaan di aras bawah. 


"Semua penerbangan mengalami kelewatan antara 15 hingga 20 minit dan tepat jam 9 pagi, semuanya sudah selesai," katanya.


Itu tara LTAPP tu ada generator sendiri boleh lagi blackout? Memang sabotage nie. Tapi elok jugak LATPP terkandas member2 yang kerja kat situ boleh rileks sat kalau tidak orang atasan bukan reti buat kerja tu tak dak kerja lah kalau tak blackout. Dah la tadak adap dan sopan ckap main lepas suka hati dia saja. 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers