Frenz Merah dinobat juara



Muhyidin bersalam dengan pemain pada final Piala Frenz 2012 di Stadium UITM Shah Alam, semalam. Owee Ah Chun






SHAH ALAM: Frenz United Merah dinobatkan juara kejohanan Piala Frenz 2012 selepas mengetepikan cabaran pasukan seakademi, Frenz United Biru 3-1 di Stadium UiTM, Shah Alam malam tadi untuk membawa pulang hadiah kejuaraan RM50,000. 


Turut menyaksikan aksi final itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin. Frenz United Merah berjaya mendahului lawan pada minit ke-13 menerusi Mohd Hafizuddin Md Zuki selepas bertindak pantas menyambar bola muntah daripada sepakan penalti yang diambilnya. 


Selang 14 minit kemudian, Frenz United Biru menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma deras Mohd Ruzaini Rusli yang terus menerjah jaring sebelum Muhammad Na'aim Abdul Razak (m-30) dan Mohd Aliff Hafizal Mohd Noor (m-35) kembali meletakkan Frenz United Merah di depan untuk menjadikan kedudukan pada separuh masa 3-1. 


Bersambung babak kedua, Frenz United Biru hampir mendapatkan gol kedua namun tolakan Aidiel Nur Iman Nekmat pada minit ke-50 bijak dihalang penjaga gol lawan, Muhammad Hazeq Nordin. 


Kira-kira 500 penonton dihiburkan dengan aksi bertenaga daripada kedua-dua pasukan dengan banyak serangan berbahaya namun keputusan 3-1 kekal sehingga wisel penamat.


Masih ada lagi golongan miskin dah kurang upaya dalam Malaysia nie yang dok perabis duit negara nak main bola tu buat apa?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers