iskandarX Society Hiburan - Hujan Angkat Pemuzik Tempatan Dan Antarabangsa



KUALA LUMPUR, 6 JULAI 2012: Mencetuskan fenomena dan revolusi dalam senario muzik tempatan, Hujan tidak pernah mengecewakan para peminat dan pengikut kumpulan indie tersebut. Sang Enemy merupakan ilham taruhan terbaru mereka selepas Lonely Soldier Boy.







Mengajak para pendengar melihat sisi lain Hujan ternyata album Sang Enemy sedikit berbeza daripada album sebelumnya. Daripada segi lagu elemen rock yang lebih 'keras' atau metal menjadi intipati utama album ini.


Bertempat di BlackBox, Publika Solaris Dutamas baru-baru ini telah berlangsungnya Listening Party Hujan khas buat peminat dan media untuk menilai dan mendengar karya terbaru mereka ini.


Didalam album ini juga Hujan mengajak dan mengangkat para pemuzik lain antaranya Yuna, Joe The Padangs, Jerry Kamit dan DJ Souljah selain para pemuzik handalan daripada Jepun untuk mengadakan kolaborasi dalam album kedua mereka ini.


Single pertama mereka iaitu Rumah Kita adalah hasil tulisan Noh sendiri dan ia menyelitkan unsur patriotic dalam bait-bait liriknya. Ini merupakan single pertama yang dipertaruhkan daripada tujuh buah lagu yang sedia ada di dalam album ini.


Ditanya mengenai nama Sang Enemy yang dipilih menjadi tajuk album, Noh menjawab ia membawa erti tersirat dimana ia mewakili golongan yang tertindas dan dikecam kerana kisah silam dan mereka mahu bangkit semula melawan pihak yang pernah menindas mereka ini.


Macam-macam mamat Hujan nie punya tajuk, lagu kalau best tak pa gak, mengantuk aku dengaq. Tajuk dahsyat- dahsyat tapi lago koree gila macam cingkedeng aja. Aku pun tak paham kena irama musik tempatan tidak dapat tempat didalam hati peminat-peminat musik di Tanah Air kita ni?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers