KUALA LUMPUR, 6 JULAI 2012: Biarpun primadona, Erra Fazira dan suaminya, Engku Emran sudah cuba menafikan tentang khabar angin serta pergolakan rumahtangga mereka yang sudah sekian lama tersebar, namun ianya masih lagi belum surut dan masih tetap diperkatakan.
Malah, sekuat mana pun mereka cuba mengelak daripada memperkatakan tentang hal tersebut, namun Erra Fazira sendiri nampaknya seperti sudah tewas dan mula memberikan petanda tentang kemelut yang dikatakan telah melanda rumahtangganya dengan Engku Emran.
Terbaru, dalam laporan akhbar Harian Metro, Erra seperti mulai redha dengan apa sahaja yang bakal berlaku terhadap rumahtangganya selepas ini, lebih-lebih lagi jika kedua-dua mereka nekad mahu membawa haluan masing-masing.
Dalam kenyataan terhadap akhbar berkenaan, Erra berkata: "Apapun, sama ada jalan seorang ke 'kanan' dan seorang lagi ke 'kiri' yang kami pilih nanti, saya reda. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami.
Kenyataan Erra itu bagaimanapun nyata bercanggah dengan kenyataan Engku Emran yang sebelum ini mengakui hubungan mereka masih baik dan masih tinggal sebumbung serta tidur sekatil. Malah, Engku Emran sendiri menafikan dakwaan yang dia kini mengamalkan poligami.
Apakah respon Engku Emran terhadap kenyataan terbaru Erra Fazira di dalam laporan Harian Metro tersebut?
Ketika dihubungi, Engku Emran memberitahu dia enggan mengulas lanjut tentang hal tersebut kerana bimbang kisah rumahtangganya akan terus tersebar luas serta berpanjangan.
"Cukuplah dengan kenyataan yang telah saya berikan sebelum ini. Saya minta maaf, saya tidak mahu mengulas lanjut lagi. Saya tak mahu memberi sebarang kenyataan lagi kerana bimbang isu ini akan terus merebak," jawabnya ringkas.
Terdahulu, dalam sebuah artikel di portal murai.com.my, Erra pernah akui dirinya sedang berada di dalam keadaan dilema rumahtangga. Pasangan ini telah berkahwin pada Oktober 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Engku Aleesya yang kini berusia 3 tahun.
Takpayah lah dok ulas panjang2 lebar lagi Engku, dorang wartawan bukan reti nak paham bahasa, lagipun aib rumahtanggang jugak yang dorang suka korek dan beritakan. buat memulas peraut jaa ulas kat dorang nie Engku.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.