iskandarX Society Hiburan - Nyanyikan Semula Dejavu Dan Peluang Menangi RM5000



KUALA LUMPUR, 6 JULAI 2012: Kehangatan lakonan mantap Remy Ishak, Zarina Jamalullail dan Pekin Ibrahim menerusi filem Aku, Kau & Dia terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd sibuk diperkatakan.






Tidak ketinggalan juga, lagu tema filem berkenaan berjudul 'Dejavu' yang dinyanyikan oleh penyanyi popular Shila Amzah.


Menyemarakan lagi sambutan filem berkenaan dan populariti lagu berkenaan, kini anda berpeluang memenangi baucer membeli-belah Parkson berjumlah RM5,000 dan hadiah misteri dengan mencipta klip video ringkas dan gubahan tersendiri berdasarkan lagu asal berkenaan.


Serlahkan bakat serta kreativiti anda dengan menyanyikan semula lagu tema filem Aku, Kau & Dia, iaitu 'DEJAVU' menggunakan citarasa dan versi anda sendiri.


Rakamkan video nyanyian anda dan muat naik ke dalam akaun You Tube anda. Hantarkan borang penyertaan anda di http://movies.mylaunchpad.com.my/promo/akd. Hanya klip video yang mendapat undian SMS terbanyak daripada penonton akan layak dipilih sebagai pemenang.


Penyertaan terbuka kepada semua pembaca setia portal murai.com.my movies.mylaunchpad.com.my dan warganegara Malaysia bermula 2 Julai sehingga 16 Julai ini.


Untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan dan syarat-syarat penyertaan, sila layari movies.mylaunchpad.com.my/promo/akd


Mana tahu, mungkin klip video anda dipilih sebagai pemenang utama untuk memenangi baucer beli-belah Parkson bernilai RM5,000 di musim perayaan ini.


Jadi apa tunggu lagi! Serlahkan kreativiti anda hanya dihujung jari.


Dorang lom dengar lagi aku nyanyi lagu nasyid jadi lagu rock, kalau dorang dengar for sure dorang taubat takmo cari dah penyanyi cover untuk album dorang nie. hehehehe

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers