KUALA LUMPUR, 6 JULAI 2012: Hubungan antara Anne Ngasri dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz bukan lagi rahsia. Ramai yang sudah tahu keintiman kedua selebriti ini dan khabarnya hubungan mereka mendapat restu kedua buah keluarga.
Jarak usia mereka bukan halangan bagi Anne kerana pada dirinya Aliff seorang yang jujur dan ikhlas. Bercakap pasal jodoh dan ikatan perkahwinan, Anne hanya berserah pada takdir. Yang penting adalah kebahagiaan yang dia dan anak lalui sekarang.
"Untuk lelaki dalam usia sebegitu, saya rasakan Aliff seorang yang jujur dan budiman. Anak-anak saya sangat selesa bersama dengannya dan perkara yang mengejutkan saya bila dia menggelarkan dirinya 'daddy'.
"Keserasian antara kami berdua dapat saya rasa tetapi diharapkan kami diberi ruang masa untuk mengatur apa yang terbaik untuk saya, Aliff dan juga anak-anak.
"Perancangan kearah kebaikan itu ada cuma bagi saya tidak perlu terburu-buru kerana keluarga sudah mengetahui dan mereka juga membiarkan saya dan Aliff membuat keputusan sendiri,"jelas Anne mengenai hubungan cintanya bersama Aliff Aziz.
Ditanyakan tentang kisah silam Aliff Aziz yang pernah menggegarkan industri hiburan tempatan satu ketika dahulu kerana terlalu sosial, Anne tenang menjawab persoalan itu.
"Semua orang pernah melalui fasa sebagai remaja dan pada saya itu bukan alasan atau sebab untuk saya menghukum dia kerana kisah silamnya itu. Yang penting sekarang dia mula untuk belajar menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
"Saya dapat lihat dia kini semakin matang dan mulai memberi tumpuan pada kerjaya. Banyak perubahan yang dapat saya lihat dalam dirinya walaupun dia baru melangkah ke usia 21 tahun," ujarnya lagi yang memandang positif tentang hubungan dan jejaka yang bertakhta dihatinya itu.
Anne Ngasri ditemui di majlis pelancaran Bawal Exclusive bersama Swarovski Elements di sekitar Kuala Lumpur semalam dan usai majlis tamat dia berkejar ke lokasi penggamabaran Sepai yang menampilkan Aliff Aziz sebagai pasangannya dalam drama bersiri tersebut.
Intim-intim jugak, lebih baik menikah terus daripada menjadi topic dan tajuk umpatan mulut orang. Daripada dok menanggung dosa yang banyak lebih baik jadikannya secara halal, tak gitu?
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.