KUALA LUMPUR – Artis-artis tanah air mahu Tribunal Hak Cipta yang diwujudkan semula oleh kerajaan bertindak tegas terhadap pihak-pihak yang sering menafikan hak mereka dalam industri seni selama ini.
Tribunal itu yang diwujudkan semula melalui Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 baru-baru ini diharapkan dapat memberi nafas baharu kepada penggiat seni yang sering tertindas dan tidak dapat pembelaan sewajarnya.
Bagi penyanyi Jay Jay atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Darus, 54, beliau mahu tribunal itu lebih tegas dalam penguatkuasaannya agar dapat memberi pengajaran kepada badan yang sewenang-wenang mencuri hasil seni artis.
“Bila artis buat aduan di tribunal itu nanti, jangan ada masalah birokrasi dan urusan pembelaannya mestilah adil kerana itu satu-satunya saluran untuk kami mengadu apabila tertindas,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Akta Hak Cipta (Pindaan) 2012 diwartakan pada 9 Februari lalu selepas dibentangkan di Parlimen pada Oktober 2011.
Pindaan berkenaan antara lain merangkumi aspek kutipan royalti yang lebih telus, penguatkuasaan Tribunal Hak Cipta, larangan muat turun bahan seni secara tidak sah serta jumlah bayaran minimum yang sepatutnya diterima karyawan.
Memang patutlah bela hak cipta dah depa punya rezeki mai kot situ, kan? Lani pun dah banyak sangat cetak rompak (kdang-kadang aku pun dok jadi pirate sama hehehe) dipasaran kesian depa nyanyi penat2 habuk pun tak dapat.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.