AKSI Eduardo (dua dari kiri) ketika Croatia bertemu Itali Khamis lalu. |
WARKA (Poland): Penyerang Croatia Eduardo mahu memenuhi impiannya mara ke suku akhir dan berkata ia dapat dicapai dengan menewaskan juara bertahan, Sepanyol pada pertemuan terakhir Kumpulan C awal pagi esok.
Pemain 29 tahun kelahiran Brazil yang dinaturalisasi Croatia - beraksi untuk Shaktar Donetsk di Ukraine - berkata untuk menewaskan Sepanyol, mereka perlu mengambil kesempatan menerusi serangan balas.
Croatia bagaimanapun hanya perlu seri sekurang-kurangnya 2-2 dengan Sepanyol untuk mara buat kali kedua berturut-turut ke suku akhir - dengan keduanya mengumpul empat mata - walaupun jika Itali yang ketinggalan dua mata menang ke atas Ireland di Poznan.
Bagi Eduardo, yang pada dua perlawanan sebelumnya sekadar bermula di bangku simpanan, berkata ini adalah peluang buatnya untuk menebus kekecewaan terlepas aksi empat tahun lalu apabila kakinya patah ketika mewakili Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris.
Eduardo yang menjadi warga negara Croatia pada 2002 dan mengumpul 50 kap sejak penampilan pertama pada 2004 - mahu memberi tumpuan kepada kemaraan pasukannya dalam kejohanan kali ini.
“Kita semua tahu betapa sukarnya untuk menundukkan Sepanyol. Mereka adalah pilihan juara Euro dan pilihan untuk menang perlawanan dengan kami. Tetapi kami akan memberikan yang terbaik dan cuba menang - kami percaya kami mampu lakukannya,” kata Eduardo. - AFP
Memang perlu kepercayaan bila nak main bola nie aku nak ulas panjang2 aku bukan terrer pun bab bola kalau abang aku dia pandai lah.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.