'Ronaldo bukan faktor kejayaan Portugal'



KHARKIV, Ukraine - Jurulatih Portugal, Paulo Bento menganggap kejayaan pasukan itu menempah slot ke suku akhir pada kempen Euro 2012 adalah hasil kerjasama sepasukan.



Bento menyuarakan pendapat itu bagi menangkis spekulasi yang mendakwa kejayaan tersebut adalah hasil kehebatan pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo.


Pada aksi di Stadium Metalist awal pagi semalam, Ronaldo meledakkan dua gol bagi membantu skuad The Navigators muncul naib juara Kumpulan B selepas menewaskan Belanda 2-1.


Meskipun kembali menemui sentuhan selepas mempamerkan aksi hambar dalam dua perlawanan terdahulu, Bento tidak mahu terlalu memuji Ronaldo.


"Sebenarnya, gerakan secara individu tidak begitu penting.


"Saya bangga dengan apa yang telah kami lakukan sebagai satu pasukan dan saya cukup berpuas hati apabila kami berjaya mencapai sasaran mara ke suku akhir," kata Bento.


Kejayaan menewaskan Belanda itu membolehkan Portugal mengiringi Jerman yang muncul juara Kumpulan B selepas menewaskan Denmark 2-1 dalam satu lagi aksi awal pagi semalam.


Pada masa sama, Bento juga tidak mahu anak-anak buahnya memandang mudah cabaran juara Kumpulan A, Republik Czech pada aksi suku akhir di Stadium Nasional, Warsaw, Poland awal pagi Jumaat ini.


"Sejujurnya, kami lebih selesa untuk dianggap sebagai pasukan bukan pilihan menentang Czech.


"Bagi saya, Czech memiliki keupayaan untuk mengubah rentak permainan kami.


"Jadi, kami perlu mengekalkan kualiti permainan yang dimiliki sekiranya berhasrat untuk mara ke separuh akhir," katanya.


- Agensi


Dimana terletaknya kekuatan Laksamana Hang Tuah? Pada Kekuatannya ka? Pada Kerisnya Ka? Ha kat mana? 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers