Kapal angkasa China berlabuh di Tiangong-1



BEIJING - China menamatkan misi berlabuh automatik di angkasa lepas semalam sebelum tiga angkasawan di dalam sebuah kapal angkasa memasuki sebuah modul yang mengorbit Bumi.


Kapal angkasa Shenzhou-9 yang berlepas pada Sabtu lepas dan membawa angkasawan wanita pertama China bercantum dengan modul angkasa lepas Tiangong-1.



Misi berkenaan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen China.


Ini kali ketiga China melakukan misi berlabuh secara automatik selepas dua misi serupa dilaksanakan pada November tahun lalu.


Namun, misi kali ini berbeza kerana membawa bersama tiga angkasawan ke Tiangong-1.


Mereka terdiri daripada Komander Jing Haipeng, Liu Wang dan angkasawan wanita pertama China, Liu Yang.


Matlamat utama misi selama 13 hari itu adalah untuk melakukan prosedur berlabuh secara manual.


China turut merancang menyiapkan pembinaan sebuah stesen angkasa lepas di orbit Bumi menjelang 2020.


Matlamat tersebut memerlukan tekonologi berlabuh yang sempurna seperti yang pernah dilakukan kapal angkasa lepas Amerika Syarikat dan Rusia dalam tahun 1960-an.


Teknik berkenaan sukar dikuasai kerana melibatkan dua kapal angkasa yang berada di orbit sama dan berputar mengelilingi Bumi pada kelajuan beberapa ribu kilometer sejam.


Kapal angkasa dan stesen berkenaan perlu bercantum perlahan-lahan bagi mengelakkan kedua-duanya berlanggar dan berkecai. 
- Agensi


Tiangong ka tanglong??? hehehehehe macam lampu tak lampu macam siput tak siput, nampak macam tombol pintu pun ada, member aku kata nampak macam jam.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers