Yves Jean-Bart digantung FIFA 90 hari

Yves Jean-Bart digantung FIFA 90 hari


Yves Jean-Bart digantung FIFA 90 hari


Yves Jean-Bart digantung FIFA 90 hari, PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menggantung Presiden Bolasepak Haiti selama 90 hari, sementara menunggu siasatan tuduhan terhadap beliau iaitu menganiaya remaja perempuan secara seksual di pusat latihan kebangsaan.

Yves Jean-Bart, 73, dengan tegas menyangkal pertuduhan bahawa beliau memperkosa beberapa pemain remaja wanita di pusat latihan yang terletak di luar Port-au-Prince selama lima tahun kebelakangan ini.

"Mengikut artikel 84 dan 85 Kod Etika FIFA, Jawatankuasa Etika bebas melarang sementara Jean-Bart, menyertai semua kegiatan yang berkaitan dengan bola sepak di kedua-dua peringkat, nasional dan antarabangsa, untuk jangka masa 90 hari, "kata FIFA dalam satu kenyataan semalam.

Polis Haiti melancarkan siasatan terhadap tuduhan itu, yang pertama kali didedahkan akhir bulan lalu, dan hakim juga memanggil beberapa pegawai persekutuan untuk menjawab pertanyaan.

Menurut kenyataan seorang wanita muda dalam artikel yang dikeluarkan The Guardian, hujung April lalu, Jean-Bart memperkosa ramai pemain bawah umur sejak beberapa tahun lalu.

Mangsa juga didesak untuk berdiam diri dan sekurang-kurangnya dua pemain bawah umur melakukan pengguguran selepas Jean-Bart memperkosa mereka.

"Kami berpendapat bahawa ini adalah keputusan yang tepat oleh FIFA kerana kami menyedari bahawa Yves Jean-Bart dan kartelnya dapat mempengaruhi setiap siasatan kehakiman," kata Marie-Rosy Auguste Ducena dari Jaringan Nasional Pembela Hak Asasi Manusia (RNDDH).

Ducena menyatakan bahawa khabar angin mengenai tawar-menawar seksual untuk faedah bola sepak sudah lama berlaku di negara berkenaan.

Jean-Bart sudah memimpin persekutuan bola sepak negara itu selama dua dekad dan

Ketika dihubungi oleh AFP untuk memberi komen, beliau tidak memberi respons.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers