Sepang kian masuk Zon Merah

Sepang kian masuk Zon Merah, SEPANG menghampiri zon merah apabila merekodkan 40 kes aktif semalam, berbanding 11 kes kelmarin.


Sepang kian masuk Zon Merah


Sepang kian masuk Zon Merah, SEPANG menghampiri zon merah apabila merekodkan 40 kes aktif semalam, berbanding 11 kes kelmarin.

Berdasarkan maklumat dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) di laman web amirudinshari.com, peningkatan mendadak itu berikutan pertambahan 29 kes baharu di mukim Labu.

STFC turut memaklumkan, secara keseluruhannya 53 kes baharu direkodkan di Selangor semalam, menjadikan jumlah terkini 1,829 kes.

"Selangor mencatatkan peningkatan kes positif baharu selama empat hari berturut-turut.

"Harus diingatkan bahawa tiada lagi kelonggaran Aidilfitri pada hari ini (semalam) dan warga Selangor diminta untuk patuh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) sepenuhnya.

"Sekiranya tiada keperluan keluar, duduk di rumah dan gunakan teknologi untuk eratkan hubungan kekeluargaan," katanya.

Selain itu, Hulu Langat juga terus mempunyai tambahan 18 kes baharu, menjadikan keseluruhan 610 kes dengan 124 kes aktif.

Enam daerah lain yang masih kekal di zon kuning adalah Petaling (26), Gombak (22), Kuala Selangor (9), Hulu Selangor (16), Klang (4), dan Sabak Bernam (3), manakala Kuala Langat zon hijau.

Sejumlah 1,503 kes sembuh dicatatkan, manakala kes aktif meningkat kepada 244 berbanding 195 semalam dan kematian kekal 22 orang.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers