GURU maut dilanggar semasa pulang dari surau

GURU maut dilanggar semasa pulang dari surau, GURU lelaki maut selepas dilanggar kereta ketika berjalan ke rumahnya di Jalan Seri Jaya, Parit Baru, Sungai Air Tawar, di Sabak Bernam, malam tadi.

Kejadian berlaku pada 8.20 malam menyebabkan mangsa berusia 48 tahun parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi.

Pemandu kereta Proton Wira berusia 32 tahun bagaimanapun tidak cedera.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kemalangan berlaku ketika Proton Wira dari arah Sungai Lang ke Jalan Jamian, manakala mangsa dari Surau Tebuk Seri Jaya menuju ke rumahnya.

"Pemandu kereta dikatakan tidak perasan mangsa yang sedang berjalan di tengah jalan raya kerana keadaan gelap dan lampu di kawasan itu.

"Pemandu kereta melanggar mangsa di bahagian kanan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa dibawa Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers