Lembu jatuh telaga diselamatkan

Lembu jatuh telaga diselamatkan, LEMBU baka Brahman seberat 100 kilogram yang terjatuh dalam telaga di Kampung Yoi, Pokok Sena, Alor Setar diselamatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Lembu jantan itu dikatakan terperangkap dalam telaga sedalam tiga meter, 8.30 malam semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri Shuib berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.47 malam daripada pemilik ternakan itu sebelum empat anggotanya tiba di lokasi pada 9.11 malam.

"Anggota kami dibantu pemilik lembu itu mengambil masa 45 minit untuk menarik lembu itu keluar menggunakan tali.

"Lembu selamat, namun lemah kerana terperangkap lama dalam telaga yang sempit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihaknya bersedia dalam apa jua situasi untuk membantu masyarakat termasuk ketika musim perayaan ini.

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers