World #QuranHour: Surah Ar-Rahman jadi pilihan tahun ini #COVID19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #ASTRO2ndWin #bukangadisbiasa

World #QuranHour: Surah Ar-Rahman jadi pilihan tahun ini. Jika sebelum ini program World #QuranHour (WQH) diadakan di masjid, namun disebabkan pandemik COVID-19, ia terpaksa 'diubah suai' tahun ini dengan bacaan dan penghayatan ayat suci al-Quran di rumah masing-masing.

World #QuranHour: Surah Ar-Rahman jadi pilihan tahun ini. Jika sebelum ini program World #QuranHour (WQH) diadakan di masjid, namun disebabkan pandemik COVID-19, ia terpaksa 'diubah suai' tahun ini dengan bacaan dan penghayatan ayat suci al-Quran di rumah masing-masing.


Sejak dianjurkan tujuh tahun lepas, WQH edisi 1441H/2020 yang berlangsung hari ini sememangnya berlainan disebabkan rakyat negara masih terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Surah Ar-Rahman yang mempunyai penerangan mengenai pelbagai kisah pengajaran yang boleh dijadikan pedoman dijadikan surah pilihan bagi program WQH, iaitu kempen membaca al-Quran secara serentak selama satu jam dari pukul 12 hingga 1 tengah hari.

Program tahunan anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu berlangsung serentak di seluruh dunia dan disiarkan secara langsung menerusi saluran stesen televisyen TV Alhijrah, RTM, Bernama TV dan Astro Oasis selain beberapa platform digital lain.

Bertemakan 'Reboot Global Harmony', Qari dari Malaysia dan Indonesia, selain pentadabbur dari kedua-dua negara telah menjelaskan setiap maksud ayat-ayat yang dibaca oleh Qari bagi tujuan pemahaman kepada penonton.




Dalam siaran langsung itu, pentadabbur program WQH dari Indonesia, Bachtiar Nasir menjelaskan surah Ar-Rahman antara lain berkisar tentang hak-hak terhadap agama, kemanusiaan, kebebasan berbicara dan bersuara, serta kebersamaan terhadap penggunaan sumber daya alam.

Bachtiar yang juga Pengasas Ar-Rahman Quranic Learning Center itu berkata Surah Ar-Rahman banyak menerangkan pelbagai sisi kasih sayang Allah terhadap ciptaanNya, maka ia boleh menjadi solusi kepada keharmonian global.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada awal siaran langsung itu membacakan doa untuk seluruh rakyat Malaysia.

Program sejam WQH diadakan pada 20 Ramadan setiap tahun dan merupakan program kemuncak Berinteraksi dengan Al-Quran secara global melalui pendekatan Baca, Faham dan Amal yang sangat ditunggu-tunggu untuk disertai oleh umat Islam di negara ini khususnya.

Untuk rekod, pada tahun lepas, WQH diadakan di lebih 3,000 lokasi di Malaysia dan 300 lokasi di 76 negara, selain telah dapat menjangkau 1.46 bilion capaian di media sosial.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers