315 sampel penduduk Taman Aman Jaya diambil #COVID19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #ASTRO2ndWin #bukangadisbiasa

315 sampel penduduk Taman Aman Jaya diambil Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hari ini mengambil 315 sampel daripada 618 individu yang diperiksa di Taman Aman Jaya bagi mengesan jangkitan COVID-19.

315 sampel penduduk Taman Aman Jaya diambil Jabatan Kesihatan Negeri Sabah hari ini mengambil 315 sampel daripada 618 individu yang diperiksa di Taman Aman Jaya bagi mengesan jangkitan COVID-19.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor ketika dihubungi berkata langkah saringan itu diambil berikutan terdapat laporan kes positif membabitkan penduduk di taman berkenaan.

"Ini membabitkan individu yang balik ke Lahad Datu dari Semenanjung dan dikesan positif," katanya.

Nasri berkata pihaknya bertindak memberikan bantuan sepenuhnya kepada Jabatan Kesihatan Lahad Datu bagi memastikan proses saringan berjalan lancar pada pagi tadi.




"Penugasan ujian swab itu membabitkan 120 rumah di Taman Aman Jaya selepas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) hari ini memutuskan untuk melakukan pengesanan individu di taman itu," katanya.

Menurut beliau, 30 anggota polis ditugaskan memantau di kawasan terbabit termasuk menutup jalan keluar masuk ke taman pada sebelah pagi.

Bagaimanapun, Nasri menafikan Taman Aman Jaya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

--BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers