P.Pinang perkenal 14 langkah keselamatan untuk makan di premis #COVID19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #ASTRO2ndWin #bukangadisbiasa

P.Pinang perkenal 14 langkah keselamatan untuk makan di premis. Semua premis makanan meliputi hotel, pasar raya dan francais makanan segera di negeri ini yang akan dibuka secara berperingkat bermula Jumaat untuk aktiviti makan di dalam premis (dine-in) perlu mematuhi 14 langkah untuk menjamin keselamatan dan kesihatan awam.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata antara langkah itu ialah saringan COVID-19 bagi pekerja warga asing, merekod nama dan nombor telefon pelanggan, sterilisasi perkakas makanan selepas diguna, mengadakan had masa dan bilangan pelanggan tidak melebihi 50 peratus kapasiti premis.

Kedudukan meja juga perlu dijarakan dua meter dan hidangan bufet tidak dibenarkan, katanya pada sidang media strim secara langsung menerusi laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang hari ini.

Katanya pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap premis yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu.

Beliau berkata aktiviti makan di dalam premis makanan itu melibatkan 13 pasar raya di bahagian pulau dan 21 pasar raya di Seberang Perai serta hotel dan francais makanan segera.

Jagdeep berkata kerajaan negeri akan menimbang untuk memperluas aktiviti makan di  premis ini ke restoran kecil dan kedai kopi selepas melihat tahap pematuhan SOP premis makanan yang terlibat dalam fasa pertama tersebut,

-- BERNAMA

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers