MOSTI serah kubikel saringan COVID-19 kepada pusat kesihatan daerah Putrajaya #COVID19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #ASTRO2ndWin #bukangadisbiasa
MOSTI serah kubikel saringan COVID-19 kepada pusat kesihatan daerah Putrajaya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini menyerahkan satu unit Kubikel Saringan COVID-19 (CSB), satu inisiatif kerajaan bagi membendung penularan wabak itu, kepada Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya.
Dalam kenyataannya, MOSTI memaklumkan CSB itu adalah antara lapan unit kubikel saringan yang dibangunkan dalam fasa pertama untuk ditempatkan di hospital serta pusat kesihatan daerah terpilih di seluruh negara.
"CSB dibangunkan bagi meminimumkan penggunaan pakaian perlindungan diri (PPE) serta meminimumkan kontak di antara petugas kesihatan dan pesakit bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 kepada barisan hadapan," demikian menurut kenyataan itu.
Penyerahan CSB berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Ahmad Amzad Hashim.
Menurut kenyataan itu, kubikel berkenaan dibangunkan oleh Syarikat iDeria Sdn Bhd, anak syarikat Universiti Malaysia Perlis dan merupakan hasil usaha sama di antara MOSTI dan Kementerian Kesihatan dengan peruntukan dana daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Inisiatif ini turut dijayakan bersama Pusat Nanoteknologi Kebangsaan dan syarikat NanoMalaysia Berhad.
Kubikel saringan COVID-19 dilengkapi ruang bertekanan positif dengan sistem penapis HEPA bagi petugas kesihatan, permukaan dinding dengan salutan nano anti-viral serta ruang pemisah di antara pesakit dan petugas kesihatan.
"Kubikel saringan ini boleh digunakan sama ada di dalam atau luar bangunan. Saiz kubikel yang kecil membolehkannya diletakkan di klinik kesihatan dan pusat kuarantin yang mempunyai kawasan terhad.
"Sistem walk-through membenarkan diagnosis dan sejarah penyakit direkodkan tanpa memerlukan kontak secara fizikal antara petugas kesihatan dengan pesakit," kata MOSTI.
MOSTI berharap kubikel saringan yang dibangunkan itu dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat dan dapat membantu petugas kesihatan melaksanakan saringan wabak COVID-19 dengan lebih mudah, pantas dan selesa.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.