#PKP GPPPKMM lancar aplikasi bantu penjaja sepanjang #Ramadan

#PKP GPPPKMM lancar aplikasi bantu penjaja sepanjang #Ramadan

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM) melancarkan applikasi dikenali sebagai Warong Digital/ERamadhan Bazar untuk membantu golongan penjaja dan peniaga menjalankan perniagaan sepanjang Ramadan tahun ini.

Setiausaha Agungnya, Mohamed Zamri Mohammed, berkata platform ini dibangunkan dengan kerjasama Kiplepay Sdn Bhd sebagai penyedia perkhidmatan pembayaran dalam talian untuk membantu penjaja dan peniaga melakukan urus niaga dengan lebih mudah.

“GPPPKMM juga bekerjasama dengan pelbagai rakan penghantaran seperti Lalamove untuk kawasan Lembah Klang, Quick Sent (Melaka, Negeri Sembilan dan Johor) manakala kawasan utara seperti Perlis, Kedah dan Pulau Pinang akan menggunakan perkhidmatan e-runner.

“GPPPKMM mengalu-alukan juga mana-mana syarikat yang boleh bekerjasama dalam perkhidmatan ini bagi

melancarkan penghantaran terus kepada pengguna, ” katanya melalui kenyataan media, di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi penjaja dan peniaga yang berdaftar denagn aplikasi Warong Digital/ERamadhan Bazar boleh dimuat turun pada 21 April ini di mana ia berupaya membantu penjaja dan peniaga menerima setiap pesanan.

Katanya, aplikasi untuk pengguna juga sudah boleh dimuat turun dengan mencari aplikasi ‘Kiplepay’ di ‘Playstore’ dan juga ‘IOS’ namun pengguna sedia ada akan menerima kemudahan ini secara automatik di dalam applikasi ‘Kiplepay’ pada 21 April nanti.

“Pendaftaran juga sedang giat dijalankan untuk memastikan penjaja dan peniaga dapat didaftarkan dan boleh berniaga di bulan Ramadan ini.

“Kita juga merancang akan terus menggunakan platform ini bagi membantu penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara walaupun selepas berakhirnya Ramadan, ” katanya.

Beliau berkata, sebarang pertanyaan boleh menghubungi wakil GPPPKMM di setiap negeri.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers