PARIS: Individu yang dijangkiti COVID-19 dikhuatiri mungkin sudah menyebarkannya beberapa hari sebelum menunjukkan gejala, akibat virus itu.
Penemuan itu hasil penyelidikan terbaru sekumpulan pakar dari Universiti Hong Kong diketuai Eric Lau.
"Kriteria lebih inklusif terhadap pengesanan kontak mendapati penyebaran virus boleh berlaku dua atau tiga hari sebelum seseorang itu menunjukkan gejala dan perkara ini perlu diberi perhatian secara efektif bagi membendung penularan virus itu," menurut hasil kajian berkenaan yang disiarkan di Nature Medicine.
Hasil kajian itu diperoleh selepas kumpulan pakar terbabit menjalankan ujian swab ke atas 94 pesakit yang dimasukkan ke Guangzhou Eighth People’s Hospital, termasuk mengukur tahap jangkitan dari hari pertama gejala dikesan, selama 32 hari.
Mereka mendapati pesakit terbabit yang tidak tergolong dalam kalangan kritikal mempunyai kadar penyebaran tertinggi sebelum menunjukkan gejala sakit, kemudian menurun secara beransur-ansur.
Hasil kajian terbabit muncul selepas negara yang terkesan memperluaskan perintah kawalan dalam usaha mereka membendung penularan COVID-19.
Secara tidak langsung, kajian itu juga mencabar andaian utama di sebalik langkah yang dilakukan bagi menghentikan penularan wabak terbabit, iaitu pengesanan kontak hanya dilakukan selepas individu menunjukkan gejala akibat virus berkenaan. - AFP
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.