#COVID19 Pelancong Rusia dibantu polis

#COVID19 Pelancong Rusia dibantu polis

TEMERLOH: Seorang pelancong asing yang tular di media sosial, semalam kerana memegang kadbod memohon bantuan makanan dan kehabisan wang di hadapan sebuah restoran makanan segera di sini merupakan seorang jurutera kargo dari Rusia.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman, berkata lelaki itu yang berasal dari Moscow, Rusia ditemui berlegar-legar di hadapan Pasaraya TMJ Temerloh kira-kira jam 4.30 petang semalam.

“Pihak polis sudah mendapatkan maklumat daripada pelancong yang dikenali Maxim Lapin ,42, dan berasal dari Moscow dan kami membantunya serta menghubungi kedutaan Rusia di Kuala Lumpur.

“Setelah ditemubual, sepasukan polis membawanya ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang untuk pemeriksaan kesihatan dan saringan COVID-19.

“Kini pihak Ibu pejabat Polis Daerah Temerloh sedang berusaha menguruskan penghantarannya ke kedutaan Rusia di Kuala Lumpur untuk dihantar pulang ke negara asal,” katanya di sini hari ini.

Mohd Yusri berkata, berdasarkan maklumat lelaki itu melancong ke Malaysia dan memasuki negara ini melalui sempadan Thailand- Malaysia di Bukit Kayu Hitam pada 17 Mac lalu.

Dia dipercayai melancong secara ‘backpackers’ dan memulakan perjalanannya dari Kuala Lumpur sebelum ke Kuantan untuk bertemu dua lagi rakan senegaranya.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisytiharkan pada 18 April lalu, dia ketika itu berada di Kuantan berusaha untuk pulang segera ke negara asal namun tiket penerbangannya dibatalkan.

“Dia yang gagal menghubungi dua rakannya itu dan berseorangan menumpang sebuah lori untuk menuju ke Kuala Lumpur namun telah diturunkan di Temerloh semalam,” katanya.

Semalam, tular kisah mengenai seorang pelancong asing duduk di luar premis restoran makanan segera di bandar Temerloh sambil memegang kadbod yang bertulis “I can’t go home and have no money I need a food,”.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers