Suatu masa dulu Yahudi adalah bangsa terpilih

Suatu masa dulu Yahudi adalah bangsa terpilih.Oleh kerana kedegilan melampau, bangsa Yahudi pernah digertak oleh Allah dengan diangkat gunung Tursina di atas mereka, agar mereka menerima kitab Taurat sebagai panduan dan cara hidup.

Allah S.W.T bukanlah saja-saja mahu memburukkan bangsa Yahudi. Tetapi mahu insan hari ini mengambil langkah berhati-hati agar tidak tertipu dengan apa jua gerak langkah mereka.

Namun, majoriti umat Islam tidak peka dan hilang rasa peduli.Situasi ini menjadikan insan semartabat dengan haiwan dan binatang ternakan.

Binatang ternakab tidak pernah peduli kepada pisau yang sedang diasah untuk menyembelihnya. Binatang ternakan hanya memerhatikan rumput dengan penuh nafsu terhadap perutnya. Binatang ternakan adalah perumpamaan kepada manusia yang diberi mata tidak melihat, diberi telinga tidak mendengar. Apa yang mereka pedulikan hanyalah lima rukun hidup iaitu MAKAN, MINUM, KERJA, REHAT dan KAHWIN.

Janganlah kita tergolong dalam golongan ini....

Suatu masa dulu Yahudi adalah bangsa terpilih

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers