Pemimpin PKR bertindak mendesak gugurkan PAS

Pemimpin PKR bertindak mendesak gugurkan PAS
Desakan itu bertentangan dengan resolusi MPP yang mahukan kerjasama diperluaskan dengan semua parti politik termasuk Pas.

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendesak kerajaan Selangor supaya menggugurkan EXCO Pas perlu dikenakan tindakan.

Saranan itu dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimie Shafie.

Katanya, desakan itu bertentangan dengan keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 11 Oktober lalu yang telah memutuskan untuk memanjangkan hubungan kerjasama dengan semua parti politik termasuk melibatkan Adun Pas dalam membentuk ‘kerjasama pentadbiran’ di Negeri Selangor dengan sokongan semua Adun.

“Kenyataan tertentu yang dibuat seolah-olah mendesak untuk Menteri Besar menggugurkan Exco daripada Pas adalah suatu saranan yang bertentangan dengan resolusi mesyuarat MPP.

“Maka perlu suatu tindakan disiplin serta penyiasatan diambil terhadap mana-mana pimpinan PKR yang jelas menolak pendirian semasa pada masa ini yang telah diputuskan oleh MPP. Harus diingatkan semula, MPP adalah badan pemutus tertinggi dalam PKR,” katanya menerusi kenyataan media.

Shuhaimie berkata, anggota serta pimpinan parti seharusnya memahami situasi ini dan tidak memberikan suatu sisi pandangan yang tersasar daripada maksud resolusi yang telah diputuskan oleh MPP PKR.

Dalam masa sama, dia juga menafikan sikap Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang masih mengekalkan Adun-Adun Pas sebagai Exco adalah suatu bentuk langkah peribadi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers