Bank beri pinjaman RM500 juta kepada DEIG?

Bank beri pinjaman RM500 juta kepada DEIG?
Wakil rakyat UMNO dikatakan telah mendapat maklumat berkenaan dan bersedia mendedahkan kepada media dalam masa terdekat.

Syarikat milik penuh kerajaan Selangor, Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) yang penubuhannya dikritik hebat dikatakan mendapat pinjaman bank berjumlah RM500 juta.

Sumber memberitahu FMT, pinjaman itu diperolehi daripada salah sebuah bank tempatan terbesar.
Pinjaman itu dikatakan diperolehi anak syarikat DEIG, DEIG Land Sdn Bhd yang ditubuhkan pada Mei lalu.

Difahamkan pinjaman itu bagi membolehkan DEIG mengambilalih sebuah  anak syarikat milik kerajaan negeri yang memiliki banyak aset hartanah.

Sumber itu memberitahu, beberapa wakil rakyat UMNO telahpun mendapat maklumat berkenaan dan akan membuat pendedahan kepada media dalam waktu terdekat.

Wakil rakyat berkenaan mahu mempersoalkan mengapa sebuah syarikat yang dikatakan hanya akan beroperasi tahun depan telah mendapat pinjaman bank selain kebimbangan terhadap keselamatan aset-aset milik rakyat.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sebelum ini menjelaskan DEIG yang merupakan sayap pelaburan kerajaan negeri hanya akan beroperasi pada suku pertama tahun depan.

Wakil rakyat UMNO sebelum ini ini  melahirkan kebimbangan terhadap DEIG sebagai entiti baru di bawah Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) itu akan memberi kesan negatif apabila kedudukannya lebih istimewa kerana tidak perlu melaporkan terus kepada kerajaan negeri selain operasinya tidak akan diaudit.

DEIG turut mendapat kritikan DAP apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Damansara, Yeo Bee Yin menggesa Menteri Besar tampil memberi penjelasan yang konkrit untuk menggelak berlakunya kekeliruan dalam kalangan wakil rakyat.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers