Kumpulan Pengganas - Lapan disyaki menyertainya ditahan

Kumpulan Pengganas - Lapan disyaki menyertainya ditahan
Enam daripada yang ditahan disyaki menyertai Kumoulan Tandzim Al Qaeda manakala dua lagi disyaki ada kaitan dengan militan IS.

Seramai lapan rakyat tempatan yang menyertai dua kumpulan pengganas ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman dalam operasi serentak di tiga negeri iaitu Selangor, Perak dan Johor pada 30 Oktober lepas.

Menerusi kenyataan pada Isnin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, enam daripada yang ditahan disyaki menyertai Kumpulan Tandzim Al Qaeda Malaysia manakala dua lagi disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

“Semua suspek adalah rakyat Malaysia berusia 22 hingga 36 tahun dan dua suspek yang mempunyai kaitan dengan IS adalah penjawat awam.

“Enam ahli kumpulan Tandzim Al Qaeda Malaysia itu adalah saki baki ahli kumpulan yang masih bersembunyi selepas operasi tangkapan ke atas pemimpin kanannya dilakukan pada Februari 2013,” katanya.

Menurut Khalid lagi, kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA Kesalahan Berkaitan Keganasan dan Akta 574 Kanun Keseksaan dan akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah – Langkah Khas) 2012.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers