Pembangunan dan pengurusan untuk mempertahankan ekonomi masih mampu dilakukan walaupun dengan kejatuhan harga minyak dan gas. |
Langkah proaktif kerajaan membina pertahanan ekonomi negara termasuk melalui pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan rasionalisasi subsidi membolehkan ia dikembalikan kepada rakyat dalam Bajet 2016.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata faktor luaran seperti ketidaktentuan ekonomi global, penguncupan ekonomi khususnya China, kadar faedah Amerika Syarikat dan kejatuhan ketara harga minyak menyebabkan hasil negara berkurangan daripada sektor minyak dan gas sebanyak RM30 bilion.
Dalam situasi sedemikian seperti yang berlaku pada krisis kewangan Asia pada 1997, perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan mengurus dikurangkan, katanya.
“Kita dapat laksanakan (program-program) sebab kita mengambil langkah proaktif dan membuat pertimbangan tepat.
“Apabila kita perkenalkan langkah rasionalisasi subsidi dan GST, apa yang kita janjikan, kita pulangkan kepada rakyat,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri pada Isnin, lapor Bernama.
Dalam perkembangan lain, Najib meminta penjawat awam di semua kementerian dan agensi berkaitan melaksanakan tugas dengan memasukkan lima tunjang utama.
Lima tunjang utama yang digariskan Perdana Menteri adalah terkandung dalam Bajet 2016 iaitu untuk memperteguh ketahanan ekonomi negara; meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau; mempersiaga modal insan; memperkasa agenda bumiputera dan meringankan kos sara hidup rakyat.
“Dengan cara ini, kalau bekerjasama dalam satu pasukan, maka kita mampu menghadapi apa jua keadaan, walaupun ombak bergelora, bahtera tetap menuju ke destinasi yang kita harapkan.
“Tingkatkan usaha dan produktivi, perkukuhkan jaringan kerjasama antara kita dan kementerian, pentadbiran dan dengan ini Malaysia akan lebih berjaya dalam apa jua keadaan,” katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.