Jumlah pelaburan asing di negara ini terus meningkat setiap tahun yang membuktikan pelabur asing masih yakin dengan ekonomi Malaysia. |
Skandal 1MDB yang mendapat liputan meluas dalam dan luar negara tidak menjejaskan keyakinan dan kepercayaan pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia.
Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Datuk Seri Abdul Aziz Sheikh Fadzir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelabur asing di negara ini adalah pelabur jangka masa panjang yang telah membantu membangunkan ekonomi Malaysia sejak sekian lama.
“Ini termasuk menjadikan asas makroekonomi yang kukuh dengan kadar pengangguran yang rendah dan jumlah rezab negara serta hutang kerajaan yang terkawal.
“Isu 1MDB bukan faktor yang menjejaskan pelaburan asing di Malaysia. Malah, statistik terkini menunjukkan pelabur asing masih yakin dengan ekonomi Malaysia,” katanya.
Menurut Menteri Kewangan itu, kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat RM22.4 bilion pada suku pertama 2015 berbanding RM17.5 bilion pada pada suku kedua 2014.
Katanya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan RM113.5 bilion pelaburan pada suku pertama 2015 berbanding RM112 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.
“1MDB telah mengambil langkah proaktif untuk mengukuhkan aliran maklumat antara 1MDB, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri.
“Unit Komunikasi Korporat 1MDB dan kumpulan respons kerajaan berkerjasama rapat untuk menjadi lebih proaktif dan membalas sebarang cabaran,” katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.