Tindakan itu diambil susulan kenyataan Liong Sik yang mendakwa Najib mengambil wang rakyat untuk diri sendiri yang disiarkan portal MalayMailOnline pada 3 Oktober lalu. |
Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr. Ling Liong Sik kerana didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri baru-baru ini.
Najib mengambil tindakan itu menerusi firma guaman yang mewakilinya secara peribadi, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
Dalam notis tuntutan saman itu, firma berkenaan memaklumkan mereka telah diarahkan oleh anak guamnya (Najib) untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Liong Sik kerana kenyataannya yang disiarkan MalayMailOnline pada 3 Oktober lalu.
Dalam kenyataan itu, Liong Sik, bekas Menteri Pengangkutan dilaporkan menyokong gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Najib dijatuhkan kerana mengambil duit rakyat untuk mengisi poketnya sendiri.
Dalam surat tuntutan itu, Najib menuntut Liong Sik menarik balik kenyataan, membuat permohonan maaf dan menuntut pampasan sewajarnya kerana membuat fitnah itu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.