Panduan Kerjaya Sebagai Model...layakkah Anda? Jom kita tengok matau rezeki ada boleh jadi model lelaki yg berjaya kan?
Di seluruh dunia terdapat beribu-ribu model, namun setiap orang mempunyai kelebihan berbeza. Sekiranya anda menanam impian menjadi seorang model, anda perlu lakukan sesuatu. Di sini beberapa maklumat dan tip sebagai panduan kepada mereka yang mempunyai impian untuk menjadi model.
CIRI-CIRI YANG PERLU ADA
Jika anda suka mengembara, mampu bekerja dengan jadual kerja yang padat dan panjang, mempunyai bentuk badan ideal, kerjaya sebagai model mungkin sesuai bagi anda.
1. Bermula dengan keadaan fizikal anda yang cukup ketinggian dan punya postur tubuh yang menarik. Ingin mengetahui lebih terperinci lihat pada tajuk APAKAH ITU MODEL DAN TALENT?.
2. Mempunyai penampilan yang menarik.
3. Mempunyai kulit yang bersih, rambut yang sihat dan gigi yang sempurna.
4. Anda juga perlu ada kekuatan mental. Bercita-cita tinggi, berkeyakinan tinggi, tahu menguruskan masa dan diri, sanggup mengembara walau pun ke luar negara, bijak berbelanja dan mampu menerima penolakan atau penyingkiran.
5. Langkahkan kaki anda ke agensi model dan tinjau samada mereka sudi membuat portfolio anda atau tidak.
6. Jangan malas ke sesi uji bakat. Bawa bersama portolio anda agar bakal klien dapat melihat potensi dan memilih anda.
7. Serlahkan kehebatan dan profesionalisme anda untuk memperagakan atau menjual sebarang produk terhadap khalayak.
MODEL LELAKI
1. Anda boleh bermula dari usia 18 tahun sehingga 25 tahun. selalunya klien tidak mahu anda kelihatan seperti kebudak-budakan. yang bagusnya, kerjaya sebagai model lelaki lebih lama jangka hayatnya daripada model perempuan. Dari seawal 10 tahun kanak-kanak lelaki lebih cenderung ke arah aktiviti lasak dari berangan-angan untuk melangkah bangga di pentas peragaan dengan menyarung busana jenama terkenal. Jadi saingan untuk anda tidak terlalu sengit.
2. Ukuran purata bagi model lelaki adalah 5'11" - 6'2" bagi ketinggian. Manakala bagi berat pula 140 sehingga 165 paun. anda mesti kelihatan sihat dan fit (tidak perlu otot yang besar seperti ahli bina badan. Tetapi perlu mempunyai otot yang menarik).
TIP & AMARAN
1. Model katalog tidak semestinya perlu mempunyai ketinggian dalam 5'9" atau lebih. Tetapi mereka perlu kurus dan menarik. Manakala bagi model catwalk, ketinggian minima adalah 5'11".
2. Model remaja perlu mempunyai ketinggian dalam 5'7" dan kelihatan comel serta remaja.
3. Hidup sebagai model tidak semestinya glamor. Sesi uji bakat yang panjang, perjalanan yang panjang, penolakan dn saingan yang sangat ketat boleh membuat anda tertekan.
4. Bincang dengan mereka yang terbabit dengan arena peragaan ini secara profesional sebelum anda memilih untuk melibatkan diri dengan kerjaya peragaan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.