Apakah Itu Model Dan Talent? Jadi ada tak dikalangan pembaca blog is yang nak menjadi model? Ini adalah perbezaan antara model iklan dan model peragaan.
Dalam bidang modeling terdapat 2 klasifikasi yang menjelaskan perbezaan ketara di antara Model Iklan ( Commercial Model) dan Model Peragaan (Catwalk Model). Perkataan "Model" dirujuk kepada peragawan dan peragawati yang membuat pertunjukan fesyen sahaja, manakala model iklan digelar "Talent". Perbezaannya bukan sahaja dari sudut tugasan tetapi secara fizikalnya juga.
MODEL
Ciri-ciri seorang model mengikut piawaian masa kini :
1. Peragawati - Ketinggian skurangnya 5 kaki 9 inci, bertubuh langsing dengan bahu yang lebar ( ukuran badam maksimum 35-25-36) dan mempunyai catwalk yang menarik.
Peragawan - Ketinggian sekurangnya 5 kaki 11 inci, berbadan sasa dengan 6 ketakan otot di abdomen/perut ( ukuran badan 39-31-36) dan mempunyai gerak laku lelaki sebenar. Sejarah juga membuktikan bidang ini hanyalah kerjaya separuh masa bagi peragawan di negara kita (Malaysia).
2. tidak memerlukan wajah yang cantik atau tampan tetapi mestilah mempunyai X-Factor. X-Factor adalah satu unsur yang tidak dapat diterjemahkan tetapi boleh dirasai oleh orang yang berpengalaman di dalam bidang ini sahaja. Tanpa X-Factor, seseorang model itu akan menghadapi kesukaran walaupun berfizikal sempurna.
Ciri-ciri bonus:
1. Berkarakter/attitude
2. Berkebolehan mengira rentak muzik (beat counting)
3. Cekap dalam choreography
4. Bersedia untuk tugasan pada bila-bila masa
Tugasan model amatlah memenatkan yang ada masanya latihan dimulakan seawal 6 pagi, diikuti dengan solekan dan dandanan pada 2 petang untuk pertunjukan pada 9 malamnya. Namun keglamoran, keseronokan dan kepuasan mengatasi segalanya apabila melangkah di pentas dengan bergayanya walaupun bayarannya sedikit. Kredibiliti model juga diukur melalui reputasi mereka (merangkumi displin dan perhubungan sosial). Reputasi buruk walaupun tiada kena mengena dengan profesion, tetap memberi impak besar kepada kerjaya. Untuk menjadi model yang b erjaya, memerlukan masa yang panjang tetapi apabila sudah established, ia berkekalan sampai bila-bila.
TALENT
Ciri-ciri seorang talent:
1.Mempunyai rupa paras menarik dengan senyuman menawan
2. Gigi tersusun rapi dan rambut sihat hitam berkilat.
3. tiada parut atau tahi lalat dimuka kecuali jika boleh ditutup oleh solekan
4. tidak malu di depan kamera
Ciri-ciri bonus :
1. fotogenik
2. Mempunyai kebolehan yang lain seperti berenang, menari dan memanjat.
Disebabkan tiadanya had ketinggian, umur dan bentuk badan, maka terdapat banyak talent yang berkaliber. Penapisan demi penapisan semasa casting atau uji bakat, perlu diharungi. Mereka yang terpilih akan mendapat bayaran lumayan disamping menjadi glamor dengan serta merta. Walau bagaimana pun, kontrak dan "Release Form" mestilah dimeterai agar talent yang sama, dihalang dari membuat produk kompetitif yang boleh mengelirukan para pengguna.
TOP MODEL
Mereka yang berkaliber sahaja boleh menjadi model dan talent sekali gus. Jumlah ini amat sedikit kerana kriteria "paling sempurna" diperlukan. ciri-ciri ini diklasifikasikan sebagai Celebrity Model atau Top Model. Keistimewaannya ialah populariti yang tinggi, bayaran yang lebih lumayan, sibuk dengan tugasan sepanjang masa, layanan kelas pertama dan ditawarkan terjun ke bidang yang lain seperti lakonan, nyanyian, pengacaraan dan sosialis.
Jika mahu ke tahap ini, laga Diva mestilah dijauhi kerana "you can be replaced and banned at anytime" terutamanya bagi yang baru merangkak ke dunia modeling. Jika hasil kerja tidak berkualiti dan Pengurus/Agent tidak berpengalaman, maka jadilah mereka ini sebagai "Model Simpanan" yang hanya digunakan apabila tidak cukup orang. Tingkahlaku mestilah dijaga, hal peribadi bukan lagi hak individu dan imej serta reputasi menjadi ukuran. Hanya kekuatan mental, pendirian dan iman, tunggak kejayaan yang berkekalan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.