Selebriti Wanita Berhijab Fashionista

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista

Selebriti wanita berhijab fashionista Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Natasha Hudson, Ayu Raudhah, Heliza Helmi, Diana Amir, Irma Hasmie, Yatt Hamzah.

Sejak beberapa tahun yang lalu, semakin ramai selebriti wanita tempatan mula melakukan penghijrahan dengan mengenakan hijab dan dari ke hari kita dapat melihat mereka ini sudah pandai dan selesa menggayakan tudung dengan bermacam gaya.

Bagi sesetengah selebriti yang sememangnya bertudung semenjak awal kemunculan mereka sudah tentunya menggayakan tudung tidak menjadi masalah besar buat mereka.

Selebriti wanita berhijab fashionista Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Natasha Hudson, Ayu Raudhah, Heliza Helmi, Diana Amir, Irma Hasmie, Yatt Hamzah.


Teknologi yang semakin canggih turut dikatakan menjadi punca utama fesyen hijab semakin berkembang dan senang untuk digayakan kerana terdapat pelbagai jenis tutorial gaya selendang mahupun tudung bawal yang boleh dipraktikkan hanya dengan menonton di laman Youtube.

Bergelar selebriti sudah tentu mereka inginkan variasi gaya yang berbeza setiap kali tampil di pentas mahupun kaca televisyen agar penonton tidak jemu melihat mereka.

Jom kita terokai di antara selebriti wanita berhijab yang boleh dikategorikan sebagai seorang yang fashionista!

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza 

Siapa tidak kenal dengan penyanyi nombor satu Malaysia yang bersuara emas ini. Mula berhijab sepenuhnya pada awal tahun lalu, Siti dilihat semakin ayu dan menawan berbanding hanya mengenakan tudung pada sebahagian kepalanya. Bijak bergaya dengan fesyen-fesyen terkini, penggayaan hijabnya penuh variasi mengikut kesesuaian majlis dan situasi dan baru-baru ini melancarkan koleksi tudungnya hasil kerjasama bersama Ariani.

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista Shila Amzah

Shila Amzah

Penyanyi yang sedang memuncak kerjayanya di persada muzik China masih kekal dengan imej berhijabnya walaupun hidup di negara orang. Sejak mengenakan hijab, Shila dilihat semakin bergaya dan hebat dalam mensuai padankan pakaiannya agar lebih kelihatan ranggi dan moden. Walaupun pernah dihimpit kontroversi akibat seluar leggingnya yang menyerupai warna kulit, namun anak sulung kepada penyanyi N.D Lala ini semakin peka dengan pemilihan hijab dan pakaiannya kini.

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista Natasha Hudson

Natasha Hudson

Pelakon kacukan berusia 31 tahun ini semakin selesa dengan kerjaya barunya sebagai seorang pereka fesyen busana muslimah di bawah jenama Dream Cloud by NH. Isteri kepada Carleed Khaza ini juga telah dilantik sebagai duta terbaru produk kecantikan Aura White bersama Amyra Rosli yang menggantikan duta sebelum ini iaitu Hanez Suraya. Natasha yang merupakan seorang model semestinya lebih tahu bagaimana untuk bergaya semenjak mengenakan hijab.

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista Ayu Raudhah

Ayu Raudhah

Pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan ini tidak kurang hebatnya dalam bergaya walaupun sudah bertudung. Isteri kepada pemain bola sepak ATM iaitu Zaquan Adha ini memang sudah dikenali dengan imej wanita ayu bertudung sejak popular dengan drama hebat "Nur Kasih" lakonan bersama Remy Ishak, Tiz 
Zaqyah dan Fizz Fairuz. Ayu juga turut menjadi model dalam memperagakan koleksi hijab milik butik kakaknya aktres Rozita Che Wan iaitu Padusi Couture.

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista Heliza Helmi

Heliza Helmi

Bekas finalis rancangan realiti Akademi Fantasia musim kelima ini semakin sepi dalam karier nyanyiannya dan lebih menumpukan kepada syarikat miliknya Heliza Helmi Entertainment. Peka dengan perkembangan bisnes muslimah yang semakin mendapat tempat di negara, Heliza turut melibatkan diri di dalam arena fesyen dengan menubuhkan jenama Falah Abiyana yang menampilkan rekaan terkini khas buat wanita Muslim di luar sana.

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista Diana Amir

Diana Amir

Isteri kepada bekas pensyarah UiTM Merbok Kedah, Mohd Habibullah A Rahman ini sememangnya cantik dan anggun ketika di awal penghijrahannya untuk memakai tudung. Kerjayanya sebagai seorang pelakon dilihat telah pun berkurangan semenjak mendirikan rumah tangga dan mula berjinak-jinak menjadi pengacara untuk rancangan "SIS" yang bersiaran di TV9. Selain itu, Diana juga sudah mula mengeluarkan jenama busananya sendiri yang menggunakan namannya iaitu Diana Amir Exclusive (DA'e).

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista Irma Hasmie

Irma Hasmie

Walaupun sudah bergelar seorang ibu kepada anak lelakinya Irfan, namun dirinya masih kekal jelita dan pakar dalam menjaga kecantikan. Jadi tidak hairanlah mengapa Irma dilantik sebagai jurucakap bagi produk kecantikan jenama Radiglow. Mengikuti jejak langkah selebriti bertudung lain, Irma juga turut membuka perniagaan berasaskan fesyen muslimah berjenama Debumas yang menampilkan koleksi jubah ringkas namun tetap menawan. Irma kini sedang sarat mengandung anak keduanya dan dikhabarkan bakal mendapat bayi perempuan yang dijangka bersalin pada 18 Julai depan.

Selebriti Wanita Berhijab Fashionista Yatt Hamzah

Yatt Hamzah

Lebih dikenali sebagai Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah ini bijak dalam menggayakan hijab dan busana rekaannya yang dijual dengan label Suci by Yatt Hamzah. Selain sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pengacara, Yatt juga kerap dijemput sebagai panel undangan di forum dan majlis agama. Walaupun, sudah bertudung litup dan berhijrah, Yatt masih pandai bergaya dan kelihatan manis dan cantik.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers