Alif Satar enggan dedah tarikh nikah

Alif Satar enggan dedah tarikh nikah


Alif Satar enggan dedah tarikh nikah kerana menghormati semua pihak termasuk keluarga bakal isterinya.

Penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada September depan masih enggan mendedahkan tarikh sebenar hari bahagianya itu.

"Tarikhnya sudah ada, tetapi apa yang saya boleh katakan, kami bakal disatukan pada September ini.

Alif Satar enggan dedah tarikh nikah


"Saya lakukan ini kerana menghormati semua pihak termasuk keluarga bakal isteri," katanya kepada Sinar Harian.

Alif dan tunangnya, Sha Dila Halid telah mengikat tali pertunangan mereka pada Januari lalu.

Dalam pada itu, Alif turut memberitahu bahawa persiapan perkahwinannya berjalan dengan lancar dan sudah hampir selesai.

Sementara itu, artis berusia 24 tahun ini memberitahu rezekinya juga semakin banyak apabila dia kini sibuk menjalani penggambaran rancangan hiburan "Suka Lattew" di Astro Ria dan program 260 episod bagi saluran HyppTV.

"Alhamdulillah, ini semua dinamakan rezeki. Saya tak sangka rezeki hendak berkahwin ini lebih hebat. Malah, dek sibuk dengan kerja, saya pun tak sempat nak melayan Piala Dunia."

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers