Hazama belum sedia kahwin kerana perbezaan agama

Hazama belum sedia kahwin kerana perbezaan agama


Hazama belum sedia kahwin kerana perbezaan agama dengan kekasihnya iaitu Genervie Kam.

Perbezaan agama adalah antara sebab penyanyi popular Hazama masih belum bersedia untuk mengahwini kekasihnya, Genervie Kam.

Jelas Hazama, mereka memerlukan masa untuk berfikir dan membuat sebarang keputusan kerana banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.

"Harus saya akui perbezaan agama di antara kami menjadi faktor utama kenapa kami belum bersedia ke arah itu buat masa ini kerana ia isu yang sensitif.

Hazama belum sedia kahwin kerana perbezaan agama


"InsyaAllah jika ada jodoh di antara kami pasti suatu hari nanti kami akan disatukan juga sebagai suami isteri," ujar Hazama seperti dipetik daripada laporan mStar.

Penyanyi yang bakal menginjak usia 30 tahun pada November ini turut memberitahu dia ingin memperkukuhkan pengetahuan dalam agama Islam kerana sedar ia bukan tanggungjawab yang mudah untuk membimbing saudara baru.

"Perkahwinan bukan perkara kecil yang boleh dipandang ringan dan persediaan dari segi mental dan rohani sangat penting dalam menjadi ketua keluarga."

Sebelum ini Genervie, 33, yang merupakan seorang pemuzik dan pemain biola ini dikatakan sedang mendalami agama Islam. Malah pelantun lagu "Relakan Jiwa" ini pernah memberitahu, kekasihnya banyak bertanya tentang Islam dan adat budaya Melayu.

Hubungan Hazama dan Genervie mula diketahui ramai sekitar Oktober tahun lalu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers