Anak Sharifah Aini pemilik penuh royalti
Anak Sharifah Aini pemilik penuh royalti penjualan album biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini.
Bayaran royalti hasil daripada penjualan album biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini bakal menjadi milik sepenuhnya anak lelaki tunggal beliau iaitu Aliff Omar Ali yang kini berusia 32 tahun.
Perkara terbabit disahkan oleh Mujahid Abd Wahab selaku Pengurus Besar Universal EMI Malaysia, memaklumkan bahawa royalti milik penyanyi rakaman yang meninggal dunia akan diserahkan kepada waris yang sah.
"Disebabkan Allahyarham mempunyai anak, bayaran itu akan diserahkan kepada anaknya, Aliff.
Bagaimanapun semuanya masih dalam proses kerana Kak Pah Baru beberapa hari meninggal dunia. "Pihak kami belum berkesempatan lagi bertemu Aliff dan berbincang lebih lanjut mengenai perkara ini," katanya seperti yang dipetik dari Harian Metro.
Mujahid juga berkata perkara berkenaan bukan satu masalah kerana pihaknya akan menyerahkan bayaran tersebut kepada Aliff dan terpulang padanya untuk menguruskan wang tersebut.
Sepanjang karier Allahyarmah Kak Pah selama 45 tahun, beliau memiliki 135 buah album termasuk album penuh dan kompilasi dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, di antaranya adalah Seri Dewi Malam, Kekasih
Pujaan, Forever & Ever, Malam dan banyak lagi.
Sementara itu, anak tunggal lelaki kepada penyanyi lagenda ini turut membuat keputusan menutup laman Facebook milik arwah ibunya selepas pengebumian Sabtu lalu.
Laman sosial yang digunakan sebagai tempat meluahkan rasa hati semasa hayat Allahyarham ditutup kerana
Aliff tidak mahu segala memori yang dikongsikan menerusi akaun tersebut dikenang semula dan menjadi tatapan umum.
Selain itu, majlis tahlil terhadap Allahyarham tidak akan diadakan kerana hanya dianggap sebagai satu amalan sahaja dan bukannya perkara wajib yang dituntut dalam Islam.
Terdahulu, Allahyarham meninggal dunia di Pusat Pakar Damansara pada Sabtu lalu akibat kompilasi pelbagai penyakit termasuk fibrosis paru-paru dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur sebelum Zohor pada hari yang sama.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.