Nabila Huda Bercuti Ke Eropah Dengan Kekasih Baru?
KL, 17 JUN 2014: Dalam senyap-senyap, pelakon sensasi Nabila Huda kini sedang berjalan-jalan dan bercuti di benua Eropah. Dilihat di Instagram miliknya, dia ditemani seseorang yang istimewa nampaknya. Ini semua bermula dengan sekeping foto berpegangan tangan itu.
Pelakon yang baru memenangi Anugerah Artis Wanita Paling Seksi di Anugerah Stail EH! ini baru sahaja meninggalkan kota London dan kini berada di Barcelona. Ramai juga yang membuat spekulasi menerusi status serta foto yang dikongsi Abil bahawa dia sedang bercuti dengan kekasih barunya. Siapakah?
Sehingga kini dia masih merahsiakan nama dan gambar muka kekasihnya buat masa sekarang.Tiada sebarang mention atau petunjuk mengatakan siapakan jejaka tersebut. Haruslah berteka-teki semua kalau tidak pun jika ada rakyat Malaysia yang terserempak dengan pelakon ini disana mungkin dapat disiasat identiti jejaka itu.
Itupun kalau dia seorang selebriti, jika orang biasa tunggu sahajalah jawapan Abil sendiri. Selamat bercuti, mohon kebenaran kami kongsi foto anda di sini!
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.