Nina Iskandar Sangkal Dakwaan Bertudung Kerana Kekasih

Nina Iskandar Sangkal Dakwaan Bertudung Kerana Kekasih

Nina Iskandar Sangkal Dakwaan Bertudung Kerana Kekasih


PETALING JAYA, 17 JUN 2014: Pelakon baru, Nina Iskandar menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa penghijrahan imej berhijabnya itu adalah disebabkan desakan kekasih sebelum melangkah ke alam rumahtangga.

Sebaliknya,Nina Iskandar berkata dia berhijrah selepas hatinya benar-benar terbuka untuk berhijab penuh.

"Kekasih saya sendiri tidak jangka dengan perubahan saya. Dia sendiri terkejut, namun dia memberikan sokongan yang positif terhadap perubahan saya.

"Sebenarnya sebelum ini saya sering pakai tudung jika keluar untuk cuba-cuba sahaja sama ada saya selesa atau pun tidak, akan tetapi baru-baru ini hati saya terus terbuka untuk terus mengenakan hijab dan saya berasa begitu tenang.

"Lagipun perubahan ini juga sebagai salah satu persiapan untuk diri sendiri kerana jika tidak mulakan sekarang, bila lagi?" katanya kepada murai.com.my.

Nina ditemui ketika tayangan media filem Pengantin Malam di TGV Sunway Pyramid semalam.

Pelakon di hawah naungan Metrowealth (MIG) itu baru mula berhijab sejak lebih kurang sebulan yang lalu.

Dalam perkembangan lain, Nina yang mengakui bakal bertunang dengan seorang ahli perniagaan dari Kelantan pada Ogos depan memberitahu masih belum membuat sebarang persiapan perkahwinan mereka kerana masih terlalu awal.

"Kami menjalani hubungan cinta seperti biasa. Cuma perancangan terperinci untuk berumahtangga itu belum ada. Malah tarikh pun belum ada lagi," jelasnya lagi.

Pengantin Malam yang turut dibintangi oleh Nora Danish dan Farid Kamil itu sudah mula berada di pawagam sejak 16 Jun 2014 (semalam).


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers