Shiro Tidak Berpecah, Kami Masih Seperti Dahulu – Shahrol

Shiro Tidak Berpecah, Kami Masih Seperti Dahulu – Shahrol

Shiro Tidak Berpecah, Kami Masih Seperti Dahulu – Shahrol


KUALA LUMPUR, 17 JUN 2014: Kebelakangan ini timbul persoalan tentang kumpulan Shiro sama ada mereka telah berpecah? Ini berikutan kedua-dua ahli kumpulannya iaitu  Shahrol dan Ajak yang sering muncul di kaca TV secara berasingan terutama dalam rancangan bual bicara mahupun sitkom komedi.

Terbaru, Shahrol baru sahaja selesai pengambaran sitkom komedi Cakap Melayulah secara solo dan ini menimbulkan lagi keraguan peminat Shiro.

"Sebenarnya kami masih lagi bersama, Shiro masih utuh walaupun kami dilihat sering muncul di program berasingan, itu adalah sebahagian daripada perjanjian kami," seloroh Shahrol di Majlis Sidang Media CakapMelayulah di Unitar Petaling Jaya.

Menurutnya lagi, tidak timbul isu Shiro berpecah kerana ada tawaran yang mereka terima adalah secara berasingan dan tidak memerlukan mereka berdua untuk tampil bersama.

“Saya dah cakap dengan Ajak, kalau ade mana-mana ‘offer’ kau pergi saja, itu namanya rezeki, begitu juga dengan saya, kalau ada khabar angin yang saya bergaduh atau berselisih faham itu adalah tidak benar,” ujarnya.

Dalam Sitkom Cakap Melayulah, memegang watak sebagai seorang pekerja Bangladesh iaitu Abdul pekerja cafe di sebuah pusat tuisyen bahasa melayu.

“Saya memang cuba lari dari watak sebagai Bangladesh tapi produser melihat watak itu sebagai daya tarikan dan ‘trademark’ untuk diri saya.”

Shahrol juga akan berlakon dalam telemovie ‘Mujibur Mari’ yang akan ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers