Dituduh Bedah Muka, Anzalna Nasir Bakal Ambil Tindakan!
KUALA LUMPUR, 21 MEI 2014: Pelakon Anzalna Nasir bakal mengambil tindakan selanjutnya jika individu yang menuduhnya melakukan pembedahan muka terus menyebarkan fitnah berkenaan.
Anzalna Nasir berkata dia pada mulanya, tidak mahu mendedahkan identiti individu yang memfitnahnya itu secara besar-besaran di laman sosial Instagram tetapi ia dilakukan selepas terdapat beberapa pihak mula mempercayai kata-kata yang dilemparkan oleh pengguna laman sosial berkenaan kepadanya.
“Sebenarnya, saya sendiri tak mahu layan perkara sebegini kerana saya tahu orang itu hanya mahu meraih populariti sahaja. Malah dia sendiri mengaku dia kini lebih popular di Twitter setelah membuat fitnah kepada saya.
“Tapi apabila, semakin ramai yang mempercayai kata-katanya itu, saya tidak boleh berdiam diri dan terus bertindak memuat naik fotonya ke dalam Instagram sebagai amaran.
“Namun jika dia berdegil dan terus menyebarkan fitnah itu, saya akan ambil tindakan susulan yang sepatutnya,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Fitnah tersebut merupakan perbualan individu tersebut dengan rakannya di laman sosial Twitter, namun perkara itu telah tersebar dikalangan peminat Anzalna sendiri.
Diminta pendapatnya apabila kini ramai artis yang sudah mula melakukan pelbagai pembedahan dan perubahan pada wajah untuk kelihatan cantik dan muda, Anzalna memberitahu baginya dia lebih suka menghargai apa yang dia ada kini.
“Saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada saya dan saya mennghargai semua ciptaan Tuhan,” jelasnya lagi.
Mengenai perkembangan lain, Anzalna sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jauh Dari Cinta yang bakal ditayangkan di Astro Prima tidak lama lagi.
uik ada perbezaan ker muka dia?
ReplyDeletehmm gebu sikit, mancung sikit, ala biasa la kan bila seseorang tu kurus lepas tu berisi sikit memang nampak lain, tak pasal gi tuduh dia operate memang dia mengamuk lerr.
Delete