Sakinah Perjelas Tindakan Muat Naik Foto Baju-T Gambar Payudara

Sakinah Perjelas Tindakan Muat Naik Foto Baju-T Gambar Payudara

Sakinah Perjelas Tindakan Muat Naik Foto Baju-T Gambar Payudara


KL, 20 MEI 2014: Pelakon Sharifah Sakinah mengundang kontroversi apabila memuat naik sekeping foto baju-t yang berimej gambar payudara menerusi akaun peribadi Instagram miliknya.

Sharifah Sakinah berkata kepada Sinar Harian tindakannya itu bukan sengaja mencari publisiti, sebaliknya Sakinah menjelaskan gambar baju-t yang dimuat naik di laman Instagramnya itu bertujuan untuk menyokong kempen kanser payudara yang di‘repost’ daripada Instagram Jessica Alba pada hujung tahun lalu.

"Foto itu berkaitan dengan sebuah kempen. Saya pun pelik kalau perkara buruk itu cepat sahaja menular walaupun orang ramai tak tahu kebenarannya.

"Ia hanyalah tujuan untuk kempen saja. Tapi, disebabkan foto itu jadi kontroversi, saya dah pun padamkannya,” katanya.

Pelakon drama Bunga Merah Punya itu turut memberitahu di sebalik dicemuh, ada pula menyangka t-shirt payudara itu merupakan satu lagi produk promosi kesihatan yang dikeluarkannya.

“Itu bukan produk saya. Produk saya, produk kesihatan sahaja,” katanya yang turut mempromosikan dua baju-t yang menjadi bahan kritikan masyarakat.

Baju-t yang pernah dipromosikan tertera tulisan ‘Cantik Tak Bontot Saya’ dan ‘Jogging Sampai Kentut’ yang menjadi tagline t-shirt keluaran Sakinah.

Pun begitu, Sakinah menjelaskan tulisan pada baju-t itu adalah sebagai strategi pemasaran dan bukanlah publisiti.

“Saya buat begitu untuk memasarkan produk saya dan ia bukan lucah pun,” katanya yang kini semakin aktif dengan program senamannya yang dikenali dengan nama Fitness Sakinah.

Dalam perkembangan lain, Sakinah baru saja selesai menjalani penggambaran filem ‘Pekak’ arahan Michael Ang dan bakal berada di lokasi drama bersiri 13 episod itu tidak lama lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers