Debbie Goh Teringin Nak Berlakon Dengan Produksi Melayu

Debbie Goh Teringin Nak Berlakon Dengan Produksi Melayu

Debbie Goh Teringin Nak Berlakon Dengan Produksi Melayu


KUALA LUMPUR, 20 MEI 2014: Bekas Miss Malaysia Chinese International 1998 yang juga pelakon tempatan yang berjaya menempatkan diri di Hong Kong, Debbie Goh,35  mengidamkan watak untuk beraksi di dalam drama mahupun filem berbahasa Melayu.

Dia yang ditemui ketika pelancaran koleksi terbaru cermin mata I.C Berlin di Pulau Pinang berkata, memang sudah menjadi hasratnya untuk berlakon dalam produksi Melayu bagaimanapun sehingga sekarang peluang itu masih belum menjadi kenyataan.

“Memang sudah lama saya teringin hendak berlakon filem atau drama Melayu kerana mahu mencabar diri saya selain hanya berlakon dalam filem Mandarin atau Inggeris.

“Walaupun watak itu tidak besar, tapi sekiranya ianya dapat memberi impak kepada kerjaya lakonan saya, pasti saya lakukan.

“Lagipun saya orang Malaysia dan saya juga boleh berbahasa Melayu,” katanya sambil ketawa kecil apabila ditanya sama ada dia fasih berbahasa Melayu ataupun tidak.

Pernah memenangi anugerah Pelakon Paling Popular untuk Golden Awards pada tahun 2010 dan 2012, namanya sangat dikenali di Hong Kong menerusi drama Age of Glory.

Dia telah beraksi cemerlang dalam filem mendebarkan Claypot Curry Killers dan Bullets Over Petaling Street.

Menurut Debbie Goh, ketika ini dia masih mencari dan menunggu tawaran daripada produksi tempatan yang mahukan dia memegang watak dalam filem mahupun drama berbahasa Melayu.

Malah sudah menjadi impiannya untuk menarik perhatian peminat industri perfileman Melayu supaya dapat menghargai kehadirannya sebagai seorang pelakon yang berkebolehan memegang apa juga watak dalam apa juga bahasa terutama Bahasa Melayu.

“Jadi jika ada mana-mana produksi filem Melayu yang sudi mengambil saya berlakon, silakan. Memang saya menantikannya,” katanya dengan senyuman menguntum.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers