Yusof Haslam Rancang Adakan Resepsi Syamsul & Syafiq Serentak

Yusof Haslam Rancang Adakan Resepsi Syamsul & Syafiq Serentak

Yusof Haslam Rancang Adakan Resepsi Syamsul & Syafiq Serentak

Datuk Yusof Haslam merancang untuk mengadakan majlis resepsi persandingan anak-anaknya Syamsul dan Syafiq secara serentak iaitu pada Jun depan, beberapa bulan selepas kedua-dua mereka sah bernikah.

Menerusi laporan mStar Online, Yusof, 60, berkata, majlis resepsi berkenaan dirancang untuk diadakan dalam suasana sederhana bagi mengelak daripada berlakunya pembaziran.

Pemilik syarikat produksi Skop Productions itu bagaimanapun turut menjelaskan yang perkara itu masih belum dibincangkan dengan Syamsul.

Syamsul bakal bernikah dengan pelakon Puteri Sarah pada penghujung Mac ini, manakala adiknya Syafiq pada sekitar April iaitu sebulan kemudian.

Sementara itu, Yusof turut melahirkan rasa bersyukur kerana kedua-dua bakal menantunya itu berasal daripada keluarga yang ‘baik-baik’ dan berpendidikan tinggi.

Yusof menambah, Puteri Sarah baginya seorang yang baik dan sentiasa ingin berubah ke arah menjadi lebih baik. Manakala pilihan Syafiq pula daripada keluarga yang mempunyai pendidikan agama yang tinggi.

Juri untuk program Maharaja Lawak Mega 2013 ini turut menambah, meskipun dia bimbang untuk melepaskan anak-anaknya untuk membina keluarga, namun dia yakin mereka mampu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah tangga dengan baik.

Tambahnya, selepas berkahwin Syamsul akan tinggal di rumah berasingan, sementara Syafiq memilih untuk menetap bersama keluarga di Taman Melawati.

Pada 12 Januari lalu, Syamsul telah merisik Puteri Sarah dalam satu majlis yang diadakan di kediamannya di Sri Damansara, dekat sini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers