David Teo Sasar 200 Filem Pada Tahun 2018

David Teo Sasar 200 Filem Pada Tahun 2018

David Teo Sasar 200 Filem Pada Tahun 2018

Setelah berjaya mensasarkan penerbitan 100 buah filem pada tahun 2013, kini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  Metrowealth International Group (MIG), Mejar (K) David Teo akui bakal mensasarkan 200 buah filem pula yang akan diterbitkan pada tahun 2018.

David Teo berkata pencapaian 100 filem yang diterbitkan sejak 13 tahun bertapak dalam industri perfileman itu merupakan titik permulaan buat syarikat penerbitannya untuk lebih berjaya menghasilkan lebih banyak filem yang berkualiti.

“Ya kami sudah mencapai sasaran untuk menerbitkan 100 buah filem sehingga penghujung tahun lalu. Setakat ini sudah 88 filem yang sudah ditayangkan tetapi selebihnya akan ditayangkan pada tahun ini.

“Saya rasa ini pencapaian yang baik buat MIG, namun ianya tidak berhenti di sini dan kami akan terus mensasarkan lebihnya banyak filem dan filem yang lebih berkualiti akan datang. Pada tahun 2014 ini kami mensasarkan 20 buah filem akan diterbitkan.

“Malah saya sudah target, 200 filem akan diterbitkan sehingga penghujung tahun 2018 kelak kerana saya target 1000 filem akan diterbitkan di bawah syarikat produksi MIG akan datang,” katanya kepada murai.com.my di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina MIG di Restoran N’dah Shah Alam.

Majlis yang diadakan itu bagi meraikan para media dan pekerjanya untuk bersama-sama berkongsi rezeki pada tahun 2013.

Pun begitu, David Teo berkata tahun 2013 adalah tahun suram buat kutipan filem-filem di MIG, namun ia tidak mematahkan semangatnya dan akan mengkaji lebih lanjut apa kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Saya akui tahun 2013 adalah tahun yang suram kerana kutipan filem pada tahun lalu adalah sangat suram sepanjang MIG bertapak di dalam industri perfileman ini.

“Tapi setiap tahun akan ada pembaharuan dan kajian yanglebih terperinci untuk menghasilkan lebih banyak filem yang berkualiti kelak,” jelasnya lagi.

Sepanjang 2013, MIG berjaya mendominasi jumlah kutipan filem Melayu. Daripada keseluruhan kutipan wajib tayang filem Melayu, MIG masih mengungguli dengan kutipan melebihi 31 peratus menerusi 17 buah filem yang ditayangkan.

Filem paling cemerlang MIG pada tahun lalu adalah filem Adnan Sempit 3, Minyak Dagu, Highland Tower dan Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers