Komposer Kassim Masdor Meninggal Dunia

Komposer Kassim Masdor Meninggal Dunia

Komposer Kassim Masdor Meninggal Dunia

Komposer terkenal era kegemilangan Studio Jalan Ampas, Kassim Masdor telah meninggal dunia malam tadi di Singapura.

Menerusi laporan Astro Awani, Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Singapura kira-kira empat hari lalu akibat asma dan kritikal pada malam Selasa sehinggalah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.25 malam.

Antara yang terawal menerima berita pemergian Allahyarham ialah Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.

Kassim, 76, yang menjadi bapa tunggal sejak tahun 1973 meninggalkan lima orang anak, 18 cucu dan empat orang cicit.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham mencipta berpuluh-puluh buah lagu tema untuk filem-filem hitam-putih termasuk filem lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Pada tahun 1968, ketika Shaw Brothers ditutup, beliau menjadi komposer untuk syarikat rakaman EMI dan berjaya menerbitkan kira-kira 60 buah album.

Beliau mula mencipta lagu pada usia 16 tahun dengan lagu Sapu Tangan Tanda Mata, dendangan Allahyarham Puan Sri Saloma dan antara lagunya yang paling popular adalah lagu klasik Selamat Hari Raya nyanyian Fazidah Joned.

Turut popular adalah lagu Pelangi Petang, Gelombang, Bahtera Merdeka, Si Baju Hijau dan Hari Ini Dan Semalam.

Antara penyanyi yang pernah menyanyikan karya beliau ialah Datuk Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Datin Rafeah Buang, Datuk Sharifah Aini, Datuk Ahmad Daud dan juga Sudirman.

Selain mencipta lagu-lagu dalam filem, beliau merupakan penjaga konti filem-filem arahan P.Ramlee.

Jenazah dijadual akan dikebumikan di Singapura sebelum solat Zuhur pada Rabu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers