Kes Khalwat Shahrizal Jaszle Tidak Akan Digugurkan
Permohonan pelakon Shahrizal Jaszle untuk menggugurkan kes khalwatnya pada 16 Mei tahun lalu telah ditolak Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya dalam satu prosiding, petang semalam.
Mahkamah turut menetapkan kes khalwat pelakon itu diteruskan pada 8 April 2014 dan mengarahkan supaya kesemua saksi disepina sehingga tarikh perbicaraan.
Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangan khalwatnya Farah Nurizzati Salleh, 22, telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.
Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 26, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha lalu.
Pada sebutan kes pada 13 November tahun lalu, wanita berkenaan telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah turut memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat dengan pegawai bank itu.
Sementara itu, Shahrizal atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu walaupun keputusan tidak memihak kepadanya namun dia bersedia untuk membersihkan namanya pada perbicaraan itu nanti.
Bagaimanapun, Shahrizal berkata, dia masih belum membuat sebarang perancangan bagi menghadapi perbicaraan itu nanti ekoran pihak Pendakwa Syarie akan mengemukakan sembilan orang saksi.
"Saya tidak tahu mengenai saksi yang dikemukakan dan perlu berbincang dengan peguam saya terlebih dahulu.
"Bagaimanapun saya tidak gentar kerana tidak bersalah dalam hal ini," katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.