Lana Nordin Cuba Buang Imej Seksi & Jauhkan Kontroversi Azam Baru 2014
Kalau dahulu sebut sahaja nama Lana Nordin pasti ramai yang mencemik atau terus menyempitkan fikiran mereka dengan tanggapan yang negatif terhadap pelakon tersebut.
Sejak mula mendampingi dunia hiburan, Lana lebih dikenali dek kisah panas mengaitkan namanya dengan pelbagai isu.Namun semenjak nama Lana dikaitkan dengan seorang pelakon yang kian mendapat tempat dihati peminat tempatan iaitu Johan ‘As’ari, pelakon seksi tersebut dilihat mula diterima umum dan masyarakat.
Sudah menjadi kelaziman, tidak kurang juga yang masih tidak berhenti melemparkan tuduhan tidak berasas kepadanya yang sebelum ini popular kerana seksi tiba-tiba menjadi pujaan hati Johan ‘As’ari, pelakon berimej sopan yang diminati ramai.
“Memang segala yang berlaku ini sudah tertulis dan sebagai manusia saya tetap menerima semua yang berlaku. Dalam waktu yang singkat pelbagai perkara yang berlaku, ada yang baik dan ada yang boleh dikira dugaan untuk tahun ini.
“Jadi 2013 ditutup memang di penghujung tahunnya berakhir, dengan ini bermulalah 2014 dengan buku baru. Cukuplah tahun lepas dan sebelumnya saya dilabel dengan pelbagai gelaran, cerita yang negatif serta kontroversi yang mempopularkan saya di landasan yang tidak sepatutnya.
“Saya harus kuat dan belajar daripada apa yang berlaku kini untuk mengharungi kehidupan yang mendatang. Disamping itu saya mahu mengasah bakat lakonan dan mahu mencipta nama melalui bakat dan bukan lagi kontroversi,”ujarnya yang dihubungi baru-baru ini bagi mendapatkan perkembangan terbarunya.
Lana atau nama penuhnya Mazlina Hasan Nordin itu turut ditanya mengenai hasratnya yang ingin berubah dari segi penampilan dan ada juga desas-desus yang mengatakan dia mahu berhijab ketika masih lagi bergelar kekasih Johan ‘As’ari.
“Berubah kearah kebaikan tidak semestinya harus secara mendadak. Saya tidak mahu nanti orang ingat saya hipokrit dan hangat-hangat tahi ayam pula. Biarlah ia berlaku dengan sendiri kerana saya sudah berniat ingin berubah kea rah kebaikan.
“Bertudung ke tidak itu tidak boleh saya sebut lagi sekarang kerana ia perlukan masa dan saya mahu ia hadir dari diri sendiri. Saya mahu buang dahulu imj seksi yang sering menjadi tanggapan orang sampai macam-macam yang saya terima komen di Twittter dan Instagram saya.
“Daripada situ sedikit demi sedikit saya cuba perbaiki dan syukur saya mempunyai keluarga dan tidak kurang kawan-kawan dan peminat yang terus menyokong keberadaan saya dalam dunia hiburan ini.
“Walaupun hanya kontroversi dan cerita kurang enak dikaitkan tetapi kerana mereka tahu saya bagaimana, mereka tetap menerima saya,”ucapnya yang kedengaran seperti bersemangat untuk meneruskan perjalanan karier sebagai anak seni.
Penampilan Lana Nordin dalam teater pertama lakonanya, Bahayanya Wanita di Istana Budaya baru-baru ini menerima komen positif mengenai mutu lakonan yang diberikan Lana yang menggantikan watak Nora Danish untuk dua pementasan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.